Terima Kasih Ya Allah

Tuesday, September 7, 2010

Ya Allah,

Aku tidak layak untuk apa-apa
Siapa aku untuk meminta-minta
Aku ini penuh dengan dosa
Hati ini penuh dengan curiga

Namun kasih sayang Mu tidak bertepi
Kau bantu aku bila aku merintih
Kau beri aku ketawa selepas aku menangis
Doaku Kau jawab tidak Kau tepis

Terima kasih atas nikmat mu yang tak terhingga
Terima kasih kerana beriku keluarga yang bahagia
Terima kasih kerana menjaga mereka yang ku cinta
Terima kasih kerana di sisiku Kau sentiasa Ada

Terima Kasih Ya Allah

-ALIZA-

3 comments:

afidalina said...

sweet ;)

Girl Behind A Shadow said...

He is indeed very kind ;)

ARADIA said...

Even if He doesn't give us what we want, and at times it seems He didn't answer our prayers, I'm sure He knows what's best for us, better than we know ourself...insyaAllah kan.